Dropship

VISI DROPSHIP PROGRAMME TELEKUNG KALISTA

Melahirkan usahawa-usahawan wanita yang boleh menjana pendapatan.

 

 

MISI DROPSHIP PROGRAMME TELEKUNG KALISTA​

Komited dalam memastikan kepuasan pelanggan dan rakan niaga untuk produk & servis :

- memberikan servis khidmat pelanggan yang mesra, cepat, cekap kepada semua pelanggan TELEKUNG KALISTA.

 


 

Frequently Asked Questions (FAQ)

 

1. Apa itu sistem Dropship (DS) TELEKUNG KALISTA?

 

Dropship atau nama singkatannya DS adalah agen sah yang berdaftar dengan TELEKUNG KALISTA. DS TELEKUNG KALISTA dipanggil sebagai AMBASSADOR. AMBASSADOR akan menjual produk-produk daripada TELEKUNG KALISTA dan menerima komisen daripada hasil jualan tersebut. Kalau jadi AMBASSADOR, anda tak perlu keluar modal,  tak perlu pegang barang dan tak perlu pos barang tau! Haaa! Bestkan?? Anda cuma perlu dapatkan customer sahaja!

 

2. Apakah syarat utama untuk menjadi AMBASSADOR?

 

Syarat untuk menjadi AMBASSADOR adalah sangat mudah. Anda mestilah wanita dan berumur 18 tahun ke atas dan mesti ada online banking. Tiga syarat mudah sahaja!


 

3. Seronok tengok kawan-kawan lain dapat reward setiap bulan. Macam mana ya saya nak tercalon untuk terima reward daripada TELEKUNG KALISTA?

 

Alhamdulillah! Jika anda sudah ada target untuk dapatkan reward, maksudnya anda sudah ready untuk buat sales! YEAY!! Dear, kalau anda rajin buat sales dan capai target setiap bulan, confirm anda akan terima reward daripada TELEKUNG KALISTA! Dan TELEKUNG KALISTA juga akan sediakan pelbagai bentuk reward yang akan kami berikan khas untuk anda! Setiap bulan juga kita akan sediakan pelbagai reward yang berbeza tau! Ya Allah, bestnya! Apa lagi sis, jom join AMBASSADOR!


 

4. Macam mana nak daftar jadi AMBASSADOR?

 

FYI, kami tak buka pendaftaran untuk DS setiap masa tau! Kami akan buka pendaftaran untuk jadi AMBASSADOR pada bila-bila masa sahaja. Jadi, anda perlu menunggu update daripada kami di Instagram/Facebook ya. Bila kami dah open registration DS, ha baru anda boleh mula daftar dan kami akan beritahu cara-caranya.  

 

Berikut adalah link instagram kami: https://www.instagram.com/telekungkedahsupercomfy/

 

 

6. Bagaimana ya kami nak dapatkan semua maklumat berkaitan dengan AMBASSADOR?

 

AMBASSADOR menggunakan pelbagai platform untuk berhubung dengan DS-DS semua tau! Antaranya adalah:

a) Whatsapp Group: Bertujuan untuk engage dengan DS-DS di samping menyampaikan pelbagai info dan maklumat-maklumat terkini berkaitan dengan DS.

b) Telegram Group: Satu platform di mana Dropship akan berkongsi gambar-gambar produk TELEKUNG KALISTA dan link website untuk setiap produk.

c) Facebook: TELEKUNG KALISTA menggunakan FB untuk membuat kelas online dan support group.